Rabu, 22 Desember 2010

Puisi Untuk Ibu

Di kala resah ini kian mendesah dan menggalaukan jiwaku
Kau ada di sana …
Di saat aku terluka
hingga akhirnya…tercabik-cabiklah keteguhan hatiku
Kau masih ada di sana…

Ketika aku lelah dan semangatku patah untuk meneruskan perjuangan,
terhenti oleh kerikil –kerikil yang kurasa terlampau tajam
hingga akhirnya aku pun memilih jeda!!!
Kau tetap ada di sana…
memberiku isyarat untuk tetap bertahan

Ibu…kau basuh kesedihanku, kehampaanku dan ketidakberdayaanku
"Tiada lain kita hanya insan Sang Kuasa,
Memiliki tugas di bumi tuk menegakkan kalimatNya
Kita adalah jasad, jiwa, dan ruh yang terpadu
Untuk memberi arti bagi diri dan yang lain"
Kata-katamu laksana embun di padang gersang nuraniku
memberiku setitik cahaya dalam kekalutan berfikirku
Kau labuhkan hatimu untukku, dengan tulus tak berpamrih

Kusandarkan diriku di bahumu
Terasa…kelembutanmu menembus dinding-dinding kalbuku
Menghancurleburkan segala keangkuhan diri
Meluluhkan semua kelelahan dan beban dunia
Dan membiarkannya tenang terhanyut bersama kedalaman hatimu

Kutatap perlahan…
matamu yang membiaskan ketegaran dan perlindungan
Kristal-kristal lembut yang sedang bermain di bola matamu,
jatuh…setetes demi setetes
Kau biarkan ia menari di atas kain kerudungmu
Laksana oase di terik panasnya gurun sahara

Ibu…
Nasihatmu memberi kekuatan untukku
rangkulanmu menjadi penyangga kerapuhanku
untuk ,menapaki hari-hari penuh liku
…semoga semua itu tak akan pernah layu!

Ibu…
Dalam kelembutan cintamu, kulihat kekuatan
dalam tangis air matamu, kulihat semangat menggelora
dalam dirimu, terkumpul seluruh daya dunia!

Sabtu, 18 Desember 2010

30 Arti Sifat Wanita

Mampukah Anda Mengenalnya ?
1.      Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2.       Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu memberi dia waktu untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3.       Wanita sulit untuk cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4.      Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5.       Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6.      Wanita memang suka akan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7.      Jika kamu tidak suka dengan gadis yang suka pada kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8.       Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang teman, cobalah tegur dia perlahan-lahan.
9.      Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Musik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10.  Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka nilai langsung tak berguna.
11.  Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12.  Bila lelaki yang dicintainya diam diam, memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja gagang telepon diletakkan, dia akan menjerit histeris dan tak sampai sepuluh menit, semua rekan-rekannya akan tahu berita tersebut.
13.  Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14.  Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15.  Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16.  Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17.  Jangan sesekali coba menebak apa yang ada di benak wanita. Tanyakan langsung !!
18.  Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering bertanya-tanya kenapalah aku tak ketemu lelaki ini lebih awal
19.  . Kalau kamu masih mencari2 cara yang paling romantis untuk memikat hati sorang gadis, cobalah rajin-rajin membaca buku-buku cinta. Ya, segampang itu memang...
20.  Bila setiap kali gambar satu kelas/sekolah dicetak, yang pertama dilihat oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21.  Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa yaitu di hatinya!!
22.  Satu ucapan ‘Hi’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
23.  Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24.  Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka hanya untuk mendekati teman mereka yang paling cantik.
25.  Cinta bermaksud kesetiaan, perhatian, jujur dan kebahagiaan tanpa kompromi.
26.  Semua wanita menginginkan sorang lelaki yang mencintai mereka sepenuh hati ..
27.  Senjata wanita adalah airmata!!
28.  Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberikan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kartu ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29.  Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang perhatian tentang mereka dan baik terhadapnya. So, bila ingin memikat wanita, pandai-pandailah.
30.  Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.